Thursday, July 15, 2010

PENDIDIKAN RENDAH KU DI SRJK(C) TAI THUNG



Jeritan manja ummi(mak saya) kedengaran menandakan waktu ke sekolah sudah tiba!!!!!
kedengaran juga azan subuh berkumandang memecah sepi pagi. Aku mesti siap kan diri berpakaian seragam sekolah sebelum jam 6.30pg masa. Ini kerana masa ini aku darjah 4 sesi pagi so bila dah sesi pagi aku kena ada di sekolah tepat jam 7.00pg kalau lagi awal lagi bagus.Sesudah je aku siap lengkap dengan seragam sekolah dengan beg sekolah yang berat penuh buku-buku tak lupa gak botol air meneral besar punya aku bawak macam korang biasa tengok anak cina bawak botol besar-besar pergi sekolah laa...Selepas sarapan roti dengan milo panas macam hari-hari lain Ummi akan sediakan. Aku akan terus ke bas stop tidak jauh dari rumah aku dalam 200meter cam tuh la dan selalu nya aku akan ditemani Ummi dan juga abang aku yang juga akan ke sekolah bersama-sama aku.aku dengan Abg Farid tak jauh beza dari segi umur beza hanya setahun masa tu dia darjah 5.Tiba nya aku di bas stop dan selalunya kami tidak lama menunggu kerana bas aku sentiasa akan tiba tepat pada waktu nya memang on time punya!!! Dari jauh sudah kelihatan lampu bulat bas pendek warna kuning sudah membunyikan hon dia POONN!!! POONN!!! Memang setiap kali dia nak berhenti dia akan bunyikan hon dia,ini menandakan kehadirannya dan siap sedia berdiri di bahu jalan untuk menaikinya.Bas ni memang bas lama warna kuning dan di sisi bas ada tanda kapal terbang atau gambar kapal terbang memang comel HAHAHA!!kalau korang nak tau part yang paling aku suka bila dah masuk dalam bas perhhh!!!哈哈哈哈 Memang riuh rendah macam pasar dengar anak cina memekak-mekak mula-mula masa awal tahun aku tak suka dengar tapi bila dah lama aku suka pulak nak dengar anak-anak cina ni 哈哈哈哈 melalak!!!Pertamanya dia akan bagi semangat kat aku nak faham bahasa dia orang kedua dalam masa yang sama aku jugak dapat memperbaiki percakapan aku dalam bahasa cina(mandarin).Bas akan terus bergerak menuju ke destinasi dan akan berhenti di beberapa perhentian lagi untuk mengambil penumpang. Bas akan sampai di distinasinya sebelum jam 7.00pg setibanya aku di sekolah aku akan terus ke dewan perhimpunan seperti anak-anak cina lain jugak dan semua akan beratur mengikuti kelas masing-masing laki-laki satu barisan dan perempuan satu barisan memang teratur.Sekolah aku ni hari-hari memang ada perhimpunan atur cara nya nyanyi lagu negaraku,lagu sekolah,ikrar dan ucapan Guru(selalu ucapan guru ni berunsur nasihat)Kalau berkesempatan kadang-kadang ada hukuman sebat atas pentas selalu yang kena sebat ni budak-budak degil yang tak buat kerja sekolah atau ada kes-kes lain.(aku pun pernah kena sebat kat atas pentas gak beb!!)

AKAN BERSAMBUNG~~~~



Memang segan la kalau dah kena sebat atas pentas tuh!!! Seingat aku la kes yang aku buat time tuh aku masuk ke dewan perhimpunan lambat tuh je!!tu pun dah kena hukum sebat di khalayak ramai(sebat belakang punggung)hehehe~ Berbalik pada cerita aku naik bas pendek warna kuning.Aku panggil bas nie bas kapal terbang sebab apa?? Sebab senang nak ingat tanda bas yang aku naik dan itu pun memang tujuannya meletak kan logo atau lambang kapal terbang tu supaya pelajar tak keliru tengok bas semua kuning jer so yang menjadi panduan nya ialah lambang/logo kapal terbang yang ada di sisi bas tersebut. Aku naik bas dari darjah 1 sampai darjah 4 jer lepas dari tuh Ummi antar kan aku ke sekolah dengan menaiki kereta. Aku telah menghabis kan masa aku selama 6 tahun di sekolah tai thung dari darjah satu hingga ke darjah enam.Aktiviti-aktiviti di sekolah ni tak macam sekolah lain aku masuk jam 7.00pg balik jam 3.00 petang!!! kira nya kalau nak dibandingkan masa daripada aku duduk di rumah lg banyak aku habis kan masa aku di sekolah.(kalau tak termasuk waktu tido di rumah la) Lepas jer abis perhimpunan pelajar sumua akan berbaris terus masuk ke kelas dan proses pembelajaran pun bermula waktu rehat sekolah aku ni ada dua sesi pertama jam 10.30 kedua jam 1.30 kedua-dua masa rehat selama 30 minit sahaja kemudian beratur di dewan perhimpunan untuk taklimat guru habis sahaja taklimat guru terus masuk ke kelas semula.Sukan?? sebut pasal sukan sewaktu aku darjah 5 aku dapat mewakili sekolah sampai ker peringkat zon sahaja sukan yang aku aktif masa ni ialah sukan badbinton. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat sewaktu aku menjadi pelajar sekolah cina tai thung sekarang aku mahir dalam berbahasa cina(mandarin) apa yang aku dapat lagi ialah cara hidup Cina dan latihan cara cina yang sangat keras memang menguji mental punya dengan kerenah kawan-kawan dan guru yang macam-macam semua aku merasa !!!Dan aku sangat berbangga dapat menamat kan pelajaran di sekolah rendah cina Tai Thung hingga ker darjah enam dan lulus (UPSR)Sekian setakat ini sahaja yang aku nak cerita pengalaman aku kalau nak cerita semua memang panjang lebar kalau korang nak tahu lagi comment kat bawah OK!!! insyAllah aku akan jawab.

Dalam kesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ayahanda aku kerana menghantar aku ke sekolah tersebut aku yakin dan percaya bukan senang seorang ayah hendak menghantar anak ke sekolah bangsa lain.

terima kasih ayah!!!

2 comments:

  1. salam,

    tahniah sbb dah terbuka hati buka blog ni..
    semoga akan terus mengupdate, jangan tinggalkan blog bersawang..

    hohoho

    mungkin bila nak tulis tu, buatkan dalam perenggan2 pendek, sbb kalo tulis panjang2 nanti susah nak baca..

    dan juga explore lagi gadjet2 yang ada dalam blog, letakkan link2 yang berkaitan..

    jika nak mempopulerkan blog ko cari blog2 yang sekufu/sama genre dgn ko, lebih banyak yang akan datang baca..

    gudluck!! and congratz!!!

    ReplyDelete
  2. ws...

    terima kaseh memng lama nak buat cuma tak ada masa jer...

    Memandangkan semua rakan2 sekota semua dah ada blog so tergerak la hati ni nak buat

    saudara hafiz pun banyak mempengaruhi saya!!!

    hohohooh!!!

    ok ok!!! insyAllah akan saya perbaiki~~

    jutaan terima kasih saya ucap kan atas comment tuan YB!!!! sangat2 saya mengambil positif!!!


    terima kasih
    moga Allah melindungi anda
    amin

    ReplyDelete